Lelaki rentung selepas terperangkap dalam kereta terbakar



Kuala Terengganu: Seorang mekanik rentung selepas kereta dipandunya terbakar dalam kejadian di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas di sini, malam tadi.


Dalam kejadian jam 7.05 malam, mangsa dikenali sebagai Mohd Azizi Jaafar, 37, maut di tempat kejadian selepas gagal keluar daripada kenderaan jenis Perodua Alza dipandunya.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Md Hilman Ab Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian jam 7.09 malam sebelum 14 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu bergegas ke lokasi kejadian.


Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan mangsa sudah terbakar hampir 90 peratus.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->