Najib bahas pemberian i-Citra RM10, 000



PETALING JAYA – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta kerajaan untuk mengkaji semula menaikkan kadar pemberian i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada RM10, 000.


Bekas Perdana Menteri itu berkata, kajian tersebut perlu dibuat kerana ketika ini ramai rakyat negara ini memerlukan pengeluaran tersebut bagi melangsaikan tunggakan yang mereka hadapi.


“Saya lihat di akaun media sosial saya, ramai rakyat yang meninggalkan komen meminta agar pemberian i-Citra dikaji semula.


‘Kita faham keadaan rakyat ketika pasca pandemik Covid-19 ini. Banyak yang menanggung hutang. Saya berharap agar kerajaan kaji balik berkenaan pemberian ini, ” jelasnya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata demikian ketika membahas pembentangan Bajet 2022 yang dibuat Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Jumaat lalu. 


– K! ONLINE.

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->