Nyaris digilis angkara kanvas lori ‘terbang’



PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan kanvas diletakkan pada sebuah lori tertanggal dan terkena kepada penunggang motosikal yang kebetulan ada di belakang lori tersebut tular di media sosial hari ini.


Menerusi rakaman kamera papan pemuka yang dikongsi di Facebook Sukan Star TV itu dapat dilihat, motosikal yang dinaiki dua orang individu itu juga terlanggar bahagian tayar sebuah treler sebelum kedua-dua mereka terjatuh.


Bagaimanapun, kedua-dua mangsa dilihat masih mampu berdiri sebaik sahaja terjatuh daripada motosikal dinaiki mereka.


Dipercayai kejadian itu berlaku di laluan menghala ke Putrajaya dari arah Puchong.


Video berkenaan mendapat perhatian orang ramai yang mengecam tindakan pemandu lori tersebut kerana tidak mengikat kanvas dengan betul.


Bukan itu sahaja, lori itu juga dilihat hanya meneruskan perjalanan dan tidak berhenti sebaik sahaja kanvas itu tertanggal.


“kalu kena kat aku, aku saman terus.. Dari company (syarikat) sampai ke driver (pemandu).. Banyak pampasan boleh dapat ni. Nyaris mati bawah lori. Harap mangsa dipermudahkan urusan dan cepat sembuh,” kata Alexander.


“Pemandu lori cuai, patut kenderaan lain bagi isyarat pada lori tu supaya berhenti untuk baiki benda tu. Nasib baik tak cedera parah atau meninggal,” kata Razaly.


“Pernah kena kejadian seperti ini tapi saya hon banyak kali lori tu. Mula-mula dia ingat kita nak gaduh, dia buat muka je. Kemudian baru dia perasan, dia berhenti tepi ikat balik bagu kemas. Kalau tak tegur mungkin jadi sebegini. Tolong alert sebab akan melibatkan nyawa orang lain,” kata Shafiq.


Setakat ini, video tersebut telah ditonton lebih 2,000 kali. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->