Polis tak pernah tutup kes Ustaz Ebit Lew



Kuala Lumpur: Polis tidak pernah menutup kes membabitkan siasatan berhubung kes gangguan seksual membabitkan pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew seperti didakwa sesetengah pihak.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, sehingga kini tiada maklumat terkini diterima pihaknya bagi membantu siasatan.


"Kes ini juga tidak pernah ditutup dan tidak ada rujukan untuk tiada tindakan lanjut (NFA).


"Sebaliknya kes masih dalam siasatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalu-alukan maklumat bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan pengendali saluran media sosial Edisi Siasat yang mendakwa ada cubaan untuk menutup kes siasatan membabitkan pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew.


Terdahulu, siasatan terhadap pendakwah terkenal, Ebit Lew, 37, dilakukan selepas pihak polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.


Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Pada 19 Ogos lalu, Ebit Lew dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual dikaitkan dengan pendakwah berkenaan.


Bagaimanapun, Ebit Lew ketika ditemui media sebaik selesai memberi keterangan mendakwa dakwaan itu berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->