Rakan terkejut lihat mekanik dihempap MPV



GEORGE TOWN – Seorang mekanik maut selepas dihempap sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang sedang dibaikinya di sebuah bengkel di Kampung Bukit, Bayan Lepas di sini malam kelmarin.


Mangsa, Muaz Mat Isa, 31, ditemui dalam keadaan tersepit di bawah MPV itu akibat jek ­ken­deraan yang dibaikinya tergelincir lalu menghempap badannya.


Difahamkan, mangsa ketika itu berada seorang diri dan kejadian disedari seorang rakan yang datang mencarinya di bengkel berkenaan.


Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Helmirizal Che Morad berkata, pihaknya menerima panggilan menyelamat mangsa pada pukul 11.54 malam dan tiba di lokasi kejadian kurang 10 minit kemudian.


“Usaha mengeluarkan mang­sa yang tersepit dilakukan dalam tempoh kurang lima minit dengan menggunakan peralatan khas,” ujarnya.


Seorang saksi di tempat kejadian yang juga Pengerusi Pengurusan Komuniti Kampung Bukit, Harizal Harun berkata, pihaknya dimaklumkan yang kejadian diketahui jiran yang tinggal berdekatan bengkel itu.


“Saya diberitahu yang isteri mangsa sebelum itu cuba hubungi suaminya berkali-kali, namun tidak dijawab dan meminta bantuan daripada rakan lelaki itu mencarinya di bengkel.


“Biasanya mangsa akan pulang ke rumah yang terletak di Seberang Jaya pada pukul 6 petang,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.


“Melihat situasi di lokasi kejadian, kemungkinan jek tayar dan pelapik tergelincir sebelum kenderaan itu terjatuh lalu menghempap badan mangsa,” tambahnya.


 -K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->