Video gaduh pengawal keselamatan jaga anak, lelaki ditahan sebab kes lain



Kuala Lumpur: Lelaki yang tular dalam video berkaitan pertengkaran mulut mengenai pengawal keselamatan jaga anak ditahan berkaitan lain di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.


Ia tiada kaitan dengan pergaduhan dalam video tular di media sosial sebelum ini.


Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, tiada tindakan undang-undang diambil berkaitan video tular di Sky Awani I di sini, itu susulan ia tidak membabitkan sebarang kekerasan jenayah.


Menurutnya, pihaknya memang ada menerima laporan berkaitan video tular membabitkan penyewa kediaman di situ dengan pengawal keselamatan pada 7.29 pagi, 1 November lalu.


Katanya, pengadunya adalah seorang wanita berusia 29 tahun yang juga penyewa kediaman yang turut terdapat dalam video tular itu.


"Hasil siasatan pihak polis berdasarkan video yang tular itu mendapati kejadian berlaku pada 27 Oktober lalu hanya membabitkan pertengkaran mulut antara pengadu dan pengawal keselamatan serta tidak membabitkan sebarang kekerasan jenayah.


"Tiada tindakan undang-undang diambil terhadap kedua-dua pihak itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Eng Lai berkata, pihaknya berharap supaya spekulasi mengenai video tular dapat dihentikan kerana berita yang tidak tepat boleh mendatangkan keresahan dan kerisauan kepada masyarakat.


"Bagaimanapun, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini boleh menyalurkan kepada pihak polis," katanya.


Menurutnya, maklumat boleh disalurkan ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482222 atau mana-mana balai polis berdekatan.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->