Wanita sarat mengandung ditendang, dihalau keluar rumah

                        Gambar Hiasan 


PETALING JAYA – Seorang peguam syarie mendedahkan satu kisah keganasan rumah tangga melibatkan seorang wanita sarat mengandung yang meminta nasihat untuk bercerai selepas baru sahaja menjadi ‘karung tinju’ suaminya.


Menerusi perkongsian ciapan oleh @Atikah10490 di Twitter, dia menerima satu panggilan ketika sedang memasak dia daripada seorang wanita sambil menangis manakala kedengaran bunyi suaminya sedang melempar barang.


“Allahuakbar, terkejut tengah masak dapat panggilan dari seorang ‘client’ (pelanggan) minta nasihat tentang cerai, dia telefon dalam keadaan baru dipukul suami, perut yang mengandung baru sahaja ditendang sambil pasangannya membaling barang dan menghalau keluar rumah.


“Saya terus nasihatkan keluar dari rumah itu dan tinggal berasingan, terus ke balai polis buat laporan polis dan medical report (laporan kesihatan), dan terus failkan kes fasakh di mahkamah nanti,” katanya dalam ciapan tersebut.


Menurutnya lagi, wanita tersebut menceritakan segala kejadian itu dalam keadaan sedih dan sakit walaupun nasihat telah diberikan tetapi dia tidak berasa tenang memikirkan keadaan pelanggannya itu.


“Dia cerita sambil menangis, saya tak boleh menangis sekali kalau tak nanti dia tak kuat, saya kena bagi nasihat dalam keadaan tak bremosi supaya dia faham dan dapatkan hak dia.


“Saya juga nasihatkan dia jangan tunggu-tunggu lagi, sebab dia pun dah tekad nak cerai sebab dah tak sanggup lagi, tapi jujur hati saya terus tak tenang fikirkan dia mohon semua doakan dia kuat dan selamat ya,” katanya lagi.


Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai berasa marah dengan tindakan yang dilakukan oleh suami berkenaan kepada seorang isteri yang sedang mengandung dan ada juga yang mendoakan supaya segala urusan wanita itu dipermudahkan.


“Sampai hati suami dia buat macam itu, kalau dah tak suka hantar balik ke rumah mak ayah dia, kau ambil cara baik dan pulangkan cara baik, bukan lepas dapat buang macam sampah,” kata @Izone311.


“Ya Allah, kalau kita terlebih makan masa mengandung pun sakit perut ini pula ditendang semoga, dipermudahkan segala urusan akak itu, kesian bayi dalam perut itu,” jelas @Princessmayy1.


“Patutnya suami itu ketuk kepala dirinya sendiri dan tendang kepala lututnya sendiri kemudian baling lesung batu dekat diri sendiri, patut tak perlu wujud manusia macam ini,” ujar @Aliwira.


Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih 5,982 ulang kicau dan 12,100 tanda suka di media sosial Twitter miliknya. 


– K! ONLINE.

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->