Baru 3 bulan beli guna duit KWSP, wanita sedih kereta ‘total lost’ dibawa arus banjir



Siapa yang tak sedih apabila kereta baru dibeli turut musnah akibat banjir yang melanda. Situasi tersebut antara ujian yang harus dilalui mangsa banjir susulan air naik secara mendadak di kawasan rumah mereka.


lapan tahun kumpul duit nak beli kereta

Perkara berkenaan dialami sendiri seorang wanita dikenali sebagai Nuarjan Sulaiman apabila dia dan suami telah mengumpul duit selama 8 tahun termasuklah menggunakan duit dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli kereta jenis Perodua Bezza buat keluarga.


Menerusi YouTube SelangorTV, Nuarjan memaklumkan mereka hanya sempat menggunakan kereta hasil titik peluh bekerja selama tiga bulan sebelum kejadian banjir yang menyebabkan kereta mereka dibawa arus deras.


Anak dah seronok ada kereta sendiri

Dalam pada itu, wanita tersebut juga sempat menceritakan bahawa sebelum ini mereka kemana-mana hanya menaiki motosikal suami ataupun meminjam kereta daripada orang lain.


Baru sahaja anak-anak seronok mempunyai kereta sendiri, bencana banjir telah membuatkan mereka sedikit sedih namun reda dengan ketentuan.



Keselamatan keluarga lebih penting

Menurut Nuarjan lagi, ketika air naik mereka hanya mementingkan keselamatan diri dan dokumen-dokumen penting apabila memanjat siling rumah serta menanti hampir 5 jam sebelum menerima bantuan.


Dia kini pasrah apabila kereta yang diparkir di hadapan rumah dibawa arus deras sehingga 100 meter dari kediaman dan berada dalam keadaan ‘total lost’.



Hebat akak, masih tersenyum ketika bercerita

Walau bagaimanapun, warganet yang menonton temu bual tersebut mengakui kagum dengan ketabahan wanita itu apabila masih lagi mampu ketawa sedangkan kereta miliknya sudah musnah disebabkan bencana.


Rata-rata daripada mereka juga mendoakan agar keluarga wanita tersebut terus dimurahkan oleh Allah S.W.T agar dapat memiliki kereta semula dan meneruskan kehidupan pasca banjir.


Terbayang riak keikhlasan dalam diri ketika bercerita

Semoga diberi sesuatu yang lebih baik


Sumber: YouTube SelangorTV

C/p - ohmymedia 

LAZADA 2.2

LAZADA 2.2

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->