Curi oven Mydin? Wanita dakwa kotak berisi makanan – “Anak dah 3 hari lapar..”



Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan beberapa individu membawa keluar barangan di dipercayai dari premis Mydin Mart Sri Muda, Shah Alam berhubung insiden bencana banjir yang melanda.

Malah, terdapat juga seorang lelaki mengangkut kotak peralatan elektrik termasuk ketuhar atau oven sehingga mengundang kemarahan orang ramai yang dianggap sebagai perbuatan mencuri.

Tidak berdiam diri, seorang wanita turut kelihatan dalam video itu tampil menjelaskan tindakan lelaki tersebut dipercayai suaminya yang disifatkan berlaku salah faham.

Menerusi perkongsian video oleh seorang pengguna Facebook Aboy Pulut, wanita berkenaan mendakwa kotak itu hanya berisi keperluan makanan dan bukan alat ketuhar seperti didakwa warganet.


Dia mendakwa, anaknya mengalami kelaparan selama tiga hari selepas terkandas di kediaman mereka selain mengetahui tentang perbuatan halal dan haram.


“Anak saya lapar, dah tiga hari tak makan. Bawa balik oven buat apa. Itu kotak sahaja berisi biskut. Saya dah buat laporan polis. Saya minta maaf buat orang salah sangka, yang rakam tu ambil kesempatan,” katanya.

Bagaimanapun menerusi laporan media, Pengarah Urusan Mydin Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, beliau menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan itu dengan niat meneruskan kelangsungan hidup.


Sumber: Facebook Anuar Bashah & Aboy Pulut

Artikel Asal - ohmymedia 

LAZADA 2.2

LAZADA 2.2

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->