Gmie Screen meninggal dunia



Kuala Lumpur: Penyanyi Gmie Screen meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, pada jam 2.30 pagi, hari ini.


Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim meninggal dunia pada usia 50 tahun akibat masalah buah pinggang bocor.


Anak Allahyarham, Siti Hadirah dalam laporan sebuah portal berita berkata, beberapa hari sebelum ini, bapanya kurang sihat dan hilang selera makan.


Allahyarham juga pengsan di rumah sebelum keluarga menghubungi ambulans.


"Abah pengsan sebab kekurangan darah. Keluarga buat keputusan bawa Allahyarham ke hospital. Semasa dirawat di hospital, keadaan abah stabil dan kami sempat juga membuat panggilan video.


"Bagaimanapun, dalam jam 1.30 pagi, doktor menghubungi kami memaklumkan abah kritikal sebelum abah menghembuskan nafas terakhir," katanya.


Gmie menempa nama menerusi kumpulan Screen yang popular menerusi lagu Bila Cinta Didusta.


Allahyarham pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza musim ketiga pada 2016.


Harian Metro awal tahun ini melaporkan Gmie mula berhadapan masalah kesihatan sejak Oktober tahun lalu.


Sementara itu, pengurus peribadi Gmie, Fuad Syahrin Misbah berkata, sudah hampir dua tahun Gmie diuji dengan masalah buah pinggang bocor.


Fuad berkata, sepanjang tempoh itu Allahyarham lebih senang tidak menghebahkan keadaan kesihatannya kepada umum.


- HMetro 

LAZADA 2.2

LAZADA 2.2

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->