Lelaki maut ditembak ketika cuba melarikan diri



Kuching: Lelaki maut selepas ditembak polis berhampiran Jalan Simpang Tiga-Batu Lintang, di sini, malam ini.


Mengesahkan kejadian, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata suspek, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 24 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.


"Pihak polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh untuk melengkapkan siasatan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960," katanya ketika dihubungi, malam ini.

Difahamkan, kejadian kira-kira 7.40 malam itu berlaku apabila suspek yang memandu kereta Proton Saga lama cuba melarikan diri selepas diarahkan berhenti untuk pemeriksaan.


Kereta suspek kemudian dikejar kereta peronda polis (MPV), sebelum dia bertindak melanggar beberapa kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat Jalan Simpang Tiga di sini.


Anggota polis peronda cuba mendekati kenderaan untuk menahan suspek tetapi dia dikatakan cuba merempuh mereka untuk melarikan diri, menyebabkan polis melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya.


- HMetro 


LAZADA 2.2

LAZADA 2.2

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->