Maut rempuh lori parkir tepi jalan



Kota Bharu: Buruh maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar belakang lori yang diparkir di bahu jalan di Jalan Kota Bharu-Melor, di sini, malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam, mangsa, Nik Mohd Hairy Abdullah, 36, meninggal dunia akibat parah di kepala ketika menerima rawatan di hospital.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, sebelum kejadian, pemandu berusia 71 tahun meletakkan lori di bahu jalan untuk ke kedai makan.


"Mangsa yang datang dari arah Kota Bharu menghala ke Melor tidak menyedari lori diparkir di kawasan itu kerana gelap menyebabkannya terlanggar bahagian belakang bucu kanan kenderaan terbabit.


"Siasatan mendapati kedudukan lori yang diparkir memakan jalan iaitu melebihi garisan putih menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC135 gagal mengelak," katanya ketika dihubungi, di sini.


Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia pada 12.24 tengah malam tadi akibat cedera parah di kepala.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


- HMetro 

LAZADA 2.2

LAZADA 2.2

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->