Pemuda maut ditetak abang ketika memasak



Seorang pemuda meninggal dunia, dikatakan akibat ditetak dengan sebilah pedang oleh abangnya dalam kejadian di Kampung Sungai Rual Melayu, Jeli, awal pagi tadi.


Difahamkan kejadian sekitar jam 1.20 pagi itu, suspek dipercayai mengalami kemurungan secara tiba-tiba bertindak menyerang dan menetak adiknya di bahagian leher belakang.


Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, ketika kejadian mangsa berusia 30 tahun itu sedang memasak di bahagian dapur rumah mereka.


"Tiba-tiba suspek dikatakan datang dari arah belakang dan terus menetak adiknya dengan sebilah pedang menyebabkan mangsa mati di lokasi kejadian.


"Mangsa di hantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.


Ahmad bagaimanapun enggan mengulas lanjut mamandangkan siasatan lebih terperinci masih berjalan untuk mengenal pasti punca kejadian sebenar.


Siasatan dibuat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan membunuh.


Sumber - malaysiakini

LAZADA 2.2

LAZADA 2.2

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->