Remaja maut tak sempat ambil gaji



ALOR GAJAH – Hasrat seorang remaja untuk mengambil gaji bulanannya di sebuah kilang di sini tidak kesampaian selepas dia maut dalam kemalangan di lampu isyarat Air Paabas, di sini semalam.


Dalam kejadian pukul 6 petang itu, mangsa, Muhammad Ameerudeen Zulkarnain, 19, yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.


Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha dalam perjalanan dari Alor Gajah menghala ke Simpang Ampat.


“Sebelum kejadian terdapat sebuah lori membawa muatan ayam dari arah sama berhenti di lampu isyarat. Apabila lampu bertukar hijau, kenderaan berat itu meneruskan perjalanan.


“Bagaimanapun, mangsa yang baru tiba di lokasi terjatuh daripada motosikal dan kepalanya terhentak pada tayar belakang sebelah kiri lori berkenaan,” katanya.


Difahamkan mangsa merupakan pekerja kontrak di sebuah kilang automotif dan kemalangan berlaku ketika dalam perjalanan untuk mengambil gaji. 



-K! ONLINE

LAZADA 2.2

LAZADA 2.2

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->