Shaheizy Sam syukur dah semakin pulih, sihat semula



Kuala Lumpur: Keadaan kesihatan pelakon Shaheizy Sam, 39, kini semakin baik dan kembali okey selepas dikejarkan ke hospital pada Jumaat lalu kerana mengalami 'Hypoventilation' akibat keletihan melampau sewaktu menjalani penggambaran.


Terdahulu, Shaheizy Sam atau mesra disapa Sam berkata, dia terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan di zon merah apabila terkena serangan itu ketika sedang bekerja.


"Sebenarnya, saya pernah terkena serangan begini ketika menjalani penggambaran filem Polis Evo 2 dulu. Ia dikenali sebagai 'Hypoventilation' yang mana kadar oksigen berkurangan di dalam badan kerana keletihan.


"Serangan itu membuatkan dada saya menjadi sempit dan sukar untuk bernafas. Jadi, saya dimasukkan ke zon merah kelmarin, untuk mendapatkan rawatan lanjut dan doktor memantau tahap kesihatan saya," katanya kepada Harian Metro. 

Jelas Sam lagi, dia bersyukur keadaan kesihatannya tidak begitu serius dan diberi pelepasan pada hari yang sama untuk meneruskan penggambaran selepas dipantau dalam tempoh sejam di hospital.


"Terima kasih di atas doa semua pihak. Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya semakin beransur pulih dan kini dapat meneruskan kerja penggambaran semula.


"Selepas mengambil 'drip' dalam tempoh satu jam, saya dah boleh kembali ke set penggambaran untuk menyambung kerja. Syukur penyakit ini tidaklah terlalu serius, cuma ia datang dan pergi saja," katanya. 


Untuk rekod, serangan 'Hypoventilation' berlaku apabila pernafasan yang terlalu singkat atau terlalu lambat untuk memenuhi keperluan badan akibat keletihan melampau. 


Jika seseorang mengalami serangan 'Hypoventilates', tahap karbon dioksida dalam badan akan meningkat, sekali gus menyebabkan pertambahan asid dan terlalu sedikit oksigen di dalam darah.


- HMetro 


LAZADA 2.2

LAZADA 2.2

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->