Yoe Parey okay, kini berehat



Kuala Lumpur: Pelakon filem 35mm, Yoe Parey yang menjalani pembedahan akibat angin pasang minggu lalu, kini dalam keadaan baik dan masih berehat.


Pengarah filem 35mm dan YouTuber popular, Syahmi Sazli berkata, tempoh itu tidak memberikan impak terhadap penggambaran filem 35mm yang akan kembali menjalani penggambaran pada Februari depan.


"Alhamdulillah, Yoe kini berada dalam keadaan baik, namun masih berehat sehingga kembali sihat seperti biasa.


"Buat masa ini, Yoe masih lagi berpantang bagi memastikan segera pulih. Dia akan kembali bekerja apabila kesihatannya kembali mengizinkan," katanya kepada Harian Metro.


Terdahulu, penggambaran filem kedua arahan Syahmi itu terpaksa ditangguhkan kerana perkara itu.


Yoe menjalani pembedahan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang, minggu lalu.


Filem 35mm dijangka menemui penonton melalui saluran Astro First seminggu selepas Aidilfitri tahun depan.


35mm mengisahkan mengenai tiga saudara yang sesat di dalam lima zaman iaitu Dinasti Cina, zaman pemerintahan Jepun, British serta era moden 1992 dan 1997.


Filem itu berdasarkan idea asal Syahmi manakala skrip dihasilkan Senibayan. Syahmi dan Senibayan sama-sama memikul tugas pengarahan.


Selain Yoe, filem itu turut menampilkan Syahmi dan Asif serta penampilan khas beberapa pelakon seperti Hushairi Hussain dan Kenji Sawahi.


Tidak ketinggalan beberapa YouTuber antaranya Poktar, Sai Kamal dan Wanie Rohaimi.


- HMetro 

LAZADA 2.2

LAZADA 2.2

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->