Abang Ali Semboyan meninggal dunia



Kuala Lumpur: Aktivis Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM), Ali Salimin, 55, atau lebih dikenali sebagai Abang Ali, meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Pagoh di sini, hari ini.


Difahamkan, kemalangan berlaku jam 12.15 tengah hari ketika Ali menunggang motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson.


Perkara itu disahkan Pengerusi PPSM Yusuf Azmi, di Facebook rasminya.


"Saya mohon doakan Abang Ali, saya kini dalam perjalanan ke Hospital Muar. Saya terasa sayap saya hilang.


"Beliau orang yang baik dan sentiasa ada dengan saya, jatuh dan bangun bersama, sentiasa duduk bersama dengan saya ketika susah, beliau duduk dengan saya ketika saya jatuh," katanya.


Menurut Yusuf, dia dalam perjalanan ke Hospital Muar bagi menuntut dan memandikan jenazah Ali.


- HMetro 

LAZADA 2.2

LAZADA 2.2

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->