Dipenjara lima bulan kerana lindungi Long Tiger



Sungai Petani: Seorang lelaki dihukum penjara lima bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana melindungi 'Long Tiger' di rumahnya bulan lalu.

Tertuduh, Rusli Mat, 47, yang bekerja sendiri membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurul Ainna Ahmad.

Mengikut pertuduhan, Rusli didakwa melindungi Abdul Hamim Abd Hamid atau dikenali Long Tiger di sebuah rumah bernombor 854A Kebun Tebu, Jalan Kuala Ketil pada jam 3.15 petang, 28 Disember lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan kerana melindungi pesalah yang lari daripada jagaan atau yang diperintah supaya ditangkap.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan juga denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Azreem Mamat dan Zulfadzly Hassan, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ruzanna Abdul Rahim.

Terdahulu, Ruzanna memohon mahkamah meringankan hukuman kerana ini adalah kesalahan pertama tertuduh selain dia tidak mempunyai rekod jenayah.

Nurul Ainna kemudian menetapkan hukuman lima bulan penjara kepada tertuduh.

Pada 28 Disember tahun lalu, sepasukan polis Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor berjaya menahan Long Tiger di sebuah rumah di Kebun Tebu, Jalan Kuala Ketil.

Serbuan dilakukan jam 3 petang itu turut membawa kepada penahanan seorang pondan dipercayai menyembunyikan Long Tiger yang ketika itu menjadi buruan polis selama hampir dua minggu.

Ketika ditahan, penghuninya enggan membuka pintu dan Long Tiger dikesan cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung rumah berkenaan namun terjatuh.

Hasil siasatan mendapati pondan berkenaan baru sebulan mengenali Long Tiger melalui media sosial dan dipercayai mendapat upah melindungi lelaki yang diburu polis itu.

Terdahulu, pada 15 Disember tahun lalu, Long Tiger bertindak melarikan diri dari lokap Mahkamah Tangkak, Johor, ketika menghadiri perbicaraan kes mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

Tiga hari selepas itu, Long Tiger menghubungi seorang pondan dan bercadang menumpang di rumahnya buat sementara waktu sebelum melarikan diri ke Indonesia.


- HMetro 

LAZADA 2.2

LAZADA 2.2

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->