Lari masuk hutan selepas lihat rondaan polis



PASIR PUTEH – Seorang lelaki dilaporkan hilang di dalam kawasan hutan berhampiran perkampungan nelayan Tok Bali di sini selepas dia dipercayai terkejut sebelum melarikan diri apabila melihat rondaan polis di kawasan itu kelmarin.


Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, Ahmad Zulmukhriz Zakaria, 22, dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar membuang sampah dua hari lalu.


Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Ediansha Endal berkata, bapa mangsa, Zakaria Mustapa, 51, telah membuat laporan di Balai Polis Cherang Ruku berhubung kejadian itu semalam.


Menurutnya, siasatan awal mendapati, lelaki itu dipercayai melarikan diri semasa membuang sampah ke kawasan hutan berkenaan selepas melihat anggota polis menjalankan rondaan di situ.


“Sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa telah dijalankan bermula pukul 9.30 pagi tadi dengan melibatkan seramai 44 anggota termasuk polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Bomba Sukarela Marin Tok Bali dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia pelabuhan Tok Bali.


“Bilik gerakan bagi operasi itu dibuka di pejabat Bomba Sukarela Marin di Perumahan Nelayan Tok Balindi sini,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.


-K! ONLINE

LAZADA 2.2

LAZADA 2.2

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->