Lelaki lakukan kelucahan melampau dipenjara 14 bulan



Kuala Terengganu: Seorang lelaki dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana melakukan kelucahan melampau terhadap ibu saudaranya.


Majistret Nordiana Abd Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 27 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.


Mahkamah memerintahkan hukuman bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 20 Januari lalu.


Lelaki itu dituduh melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa yang juga ibu saudaranya berusia 34 tahun di sebuah rumah di Kuala Nerus pada 10.30 pagi, 19 Januari lalu.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Nabihah Hizamul-Din, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


- HMetro 


LAZADA 2.2

LAZADA 2.2

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->