Maut dalam perjalanan melawat isteri di hospital



Butterworth: Hasrat seorang lelaki untuk melawat isterinya yang dirawat di hospital tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 5.7 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) di sini, petang semalam.


Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa berusia 39 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda 110Z itu maut selepas melanggar kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 dipandu lelaki berusia 33 tahun.


"Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggangi mangsa melanggar belakang SUV yang berhenti di lorong kecemasan.


"Pemandu SUV itu memberhentikan keretanya untuk melakukan pemeriksaan berikutan kenderaan itu dikatakan mengalami kerosakan.


"Bagaimanapun selang beberapa minit terdapat sebuah motosikal datang dari arah belakang yang kemudian melanggar belakang SUV sehingga menyebabkan penunggangnya terkorban," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Shafee berkata, mangsa yang maut dikatakan dalam perjalanan menuju Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk melawat isterinya yang sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.


Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke HSJ untuk proses bedah siasat.


"Laporan bedah siasat mendapati mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


- HMetro 

LAZADA 2.2

LAZADA 2.2

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->