Mekanik maut selepas cuba memotong SUV



PARIT – Seorang mekanik maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang membelok ke arah kanan di Jalan Bota Kiri – Tanjung Belanja, di sini, petang semalam.


Mangsa, Zulhairi Kamaruzzaman, 19, dari Kampung Sadang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Changkat Melintang (HCM) pukul 11.05 malam tadi.


Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintenden Barudin Wariso berkata, kemalangan pada pukul 6.40 petang itu melibatkan sebuah motosikal Honda EX5 ditunggang mangsa dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz.


Menurut Barudin, semasa kejadian kedua-dua kenderaan datang dari arah Bota Kiri menuju ke Tanjung Belanja.


“Sebaik tiba di tempat kejadian, SUV berkenaan membelok ke kanan sebelum sebuah motosikal dari arah belakang hendak memotong Perodua Aruz tersebut.


“Disebabkan jarak yang dekat motosikal itu tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian hadapan sebelah kanan SUV berkenaan,” katanya di sini.


Mangsa mengalami kecederaan parah akibat pelanggaran tersebut dan di hantar ke HCM untuk menerima rawatan.


Bagaimana pun, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 11.05 malam manakala kes dijalankan di Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 


– K! ONLINE

LAZADA 2.2

LAZADA 2.2

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->