Sempat bergelar suami hanya 18 hari



ALOR GAJAH – Seorang mekanik hanya sempat bergelar suami selama 18 hari sebelum dia maut dalam nahas di kilometer 196.6 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini, malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu, mangsa Anwarie Azim Rozi, 23, yang baharu melangsungkan perkahwinannya pada 1 Januari lalu disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.


Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dalam perjalanan ke Ayer Keroh dari tempat kerjanya di Seremban, Negeri Sembilan.


Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai telah dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta Proton Persona yang dalam perjalanan dari Selangor ke Ayer Keroh.


“Siasatan awal di lokasi mendapati mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di lorong pertama.


“Bagaimanapun kita menemui kesan geseran di lorong kedua dan dipercayai mangsa telah dirempuh dari belakang oleh kenderaan berkenaan di lorong tersebut sebelum tercampak,” katanya.


Ujar beliau, pihaknya berharap saksi kemalangan dapat tampil membantu siasatan kerana kawasan tersebut tidak mempunyai rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).


Dalam pada itu, Arshad turut memaklumkan, mangsa yang beralamat di Tambak Paya dalam daerah Melaka Tengah baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada awal bulan ini.



Sumber - Kosmo Online 

LAZADA 2.2

LAZADA 2.2

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->