Warga Emas Meninggal Sejurus Tanya Ustaz Bolehkah Muslim Bertemu Rasulullah



Ajal dan maut itu di tangan Tuhan. Tiada siapa dapat menduga bilakah kematian akan menjemput kita. Namun setiap orang pastinya mengharapkan ‘pergi’ dalam keadaan husnul khatimah.


Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna Facebook dari Indonesia apabila memuat naik satu video seorang lelaki warga emas yang meninggal dunia selepas bertanyakan soalan kepada seorang ustaz bolehkah seorang Muslim bertemu dengan Rasulullah.


Terbaring dikelilingi rakan2


Menerusi Facebook Robby Darwis, lelaki yang dikenali sebagai Hamdan Abdat telah terbaring sambil dikelilingi oleh rakan-rakan sepengajiannya dalam keadaan tidak sedarkan diri.


Allahyarham Hamdan baru sahaja bertanya soalan tersebut dan khusyuk mendengar penjelasan daripada penceramah yang dikenali sebagai Ustaz Muhyiddin sebelum tersandar lemah.


Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengagumi cara pemergiannya yang dianggap sebagai husnul khatimah kerana sedang mendengar ceramah agama.



Sumber: Facebook Robby Darwis

LAZADA 2.2

LAZADA 2.2

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->