Remaja lemas ketika memancing



Nilai: Remaja lelaki yang terjatuh ke dalam sebuah kolam tinggal dekat Taman Bukit Saga, Mantin, di sini, petang semalam, ditemukan lemas jam 11.28 malam tadi.


Mangsa dikenali sebagai, Danny Izzahagi Muhammad Azrul, 13, dikatakan pergi ke kolam berkenaan untuk memancing bersama lima rakan sebelum dikatakan terjatuh ke dalam kolam berkenaan.


Pegawai Operasi, Saiful Nazri Mohd Nor berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian jam 6.52 petang dan tiba di lokasi empat minit kemudian.


"Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mantin bergegas ke lokasi dan setibanya di lokasi, kami dimaklumkan seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam kolam.


"Kami menjalankan operasi dan menyelamat (SAR) dengan dibantu Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Beliau berkata, selepas SAR selama lebih tiga jam, pihaknya menemui remaja berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum mangsa disahkan meninggal dunia.


Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


Sumber - HMetro 

LAZADA 2.2

LAZADA 2.2

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->