Warga emas maut terjatuh dari kondominium



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas yang disahkan positif COVID-19 ditemui maut selepas terjatuh dari sebuah kondominium di Bandar Tun Razak, di sini, hari ini.


Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menerima maklumat melalui panggilan MERS 999 jam 11.10 pagi.


Bertindak atas maklumat, katanya sepasukan anggota dari Balai Polis Salak Selatan bergegas ke lokasi dan mendapati mangsa berusia 75 tahun dalam keadaan terbaring di lobi kondominium itu.


"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras, yang turut berada di lokasi.


"Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam insiden berlaku," katanya dalam kenyataan malam ini.


Muhammad Idzam berkata, mayat kemudian dihantar ke hospital untuk dibedah siasat dan ujian saringan mendapati mangsa positif COVID-19.



Sumber - Berita Harian 

LAZADA 2.2

LAZADA 2.2

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->