Mata ‘Oyen’ tertusuk kail



LUMUT – Seekor kucing betina bernasib malang apabila matanya tertusuk kail ketika sedang bermain di pelantar ikan di Pulau Pangkor, dekat sini, pagi tadi.


Difahamkan kucing itu adalah haiwan jalanan tetapi sering diberi makan oleh orang awam di pulau tersebut.


Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pangkor, Mohd. Suhaimi Mohd. Kasim berkata, kucing berwarna oren itu dibawa oleh orang awam ke balai tersebut pada pukul 10.27 pagi meminta bantuan.


“Mata kail tertusuk pada mata kirinya dan kami menggunakan peralatan khas dan memotong sikit kulit pada hujung matanya bagi mengeluarkan kail itu.


“Kucing itu pada mulanya seperti mahu meronta tetapi berdiam diri kemudian sehingga mata kail itu berjaya dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Menurut Mohd. Suhaimi, pemeriksaan pihaknya mendapati kucing itu tidak mengalami kecederaan serius dan boleh bergerak seperti biasa selepas mata kail itu dikeluarkan. 



Sumber – KOSMO! ONLINE

LAZADA 2.2

LAZADA 2.2

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->