Selepas lapan jam jumpa motosikal baru jumpa mayat



ALOR GAJAH – Mayat seorang lelaki ditemui di dalam tali air selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan motosikal di Kampung Pulau, di sini kelmarin.


Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, polis menerima panggilan telefon daripada orang awam berhubung penemuan mayat kira-kira pukul 5.15 petang.


Katanya, sebelum kejadian unit polis peronda telahpun menjumpai sebuah motosikal dengan kesan kemalangan di tempat kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi dan membawa kenderaan itu ke Balai Polis Durian Tunggal.


“Pada petangnya kita menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan satu mayat di dalam tali air kurang lima meter dari tempat motosikal dijumpai.


“Barang-barang berharga seperti wang tunai, beg duit serta jam tangan mangsa turut ditemui pada badannya,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 



Sumber - KOSMO! ONLINE

LAZADA 2.2

LAZADA 2.2

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->