Tukang masak maut langgar lori berhenti tepi lebuh raya



DUNGUN – Seorang tukang masak maut selepas motosikal Yamaha 135LC dinaikinya merempuh sebuah lori yang berhenti tanpa sebab di laluan kiri Kilometer (KM) 335.5 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Paka di sini hari ini.


Dalam kejadian pada pukul 12.10 tengah malam itu, mangsa, Muhammad Haziq Abdul Halim, 21, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.


Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori membawa muatan daging sejuk beku itu telah memberhentikan kenderaannya di lebuh raya tersebut kerana tertidur.


Beliau berkata, lelaki berusia 42 tahun berkenaan dikatakan hanya tersedar daripada tidur apabila belakang lorinya dirempuh motosikal ditunggangi Muhammad Haziq.


“Dia yang panik telah memecut lorinya namun dikejar salah seorang saksi kejadian sebelum dapat ditahan berhampiran Plaza Tol Bukit Besi kira-kira 40 kilometer dari lokasi kejadian.


“Saksi berusia 36 tahun kemudiannya telah menyerahkan pemandu lori tersebut kepada pihak polis,” katanya di sini hari ini. 



Sumber - KOSMO! ONLINE

LAZADA 2.2

LAZADA 2.2

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

-->